Pada 27 hingga 29hb Mac 2013,
seramai 3O orang pelajar dan 1O orang guru pengiringdaripihak TAMU iaitu SMK Seksyen 24, Shah Alamdengankerjasamapihak
ANGKASA yang diwakilioleh En Fitri Bin Taslimtelahberjayamengikutisatulagi
program PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH yang dianjurkanolehKoperasi KOSPINT Berhad
yang terletak di Serada Kuala Terenggau , Terengganu.
Kami bertolak dari sekolah pada
pukul 12.00 tengahhari dari sekolah menuju ke Bandar Kuala Berang untuk membeli
keperluan dan barang mentah seperti ikan ,ayam dan sayuran.
Seterusnya kami tiba di JetiPengkalan Gawi, TasikKenyir lebih kurang
jam 2 petang. Sebaik tiba, para tamu dijamu dengan bekalan dan solat sementara menanti
kedatangan 3 buah House Boat.
Malangnya, kelewatan yang
dialami disebabkan sebuah bot terlewat tiba menyebabkan jadual perjalanan kami
agak terlewat iaitu hampir jam 3.3O baru dapat bertolak dari jeti.
Alhamdulillah, seperti yang
dijangkakan kami tiba di Air Terjun Saok hampir jam 4 petang dan mandi manda di
sana.Pada malam itu, kami bermalam di tepiSaok Di sini kami melihat keindahan
panorama TasikKenyir yang terbesar dibina
oleh manusia padatahun 1985 dengan keluasan 26O,OOO hektar yang jugaterdiri daripada
34 buah pulau yang akhirnya ditenggelami air tasik ini.
Jam 7.OO pagi House Boat
mula bergerak meninggalkan bumi Saok menuju kePusatKelah menyusuri SgPetang
yang mana jaraknya mengambil masa 3 jam untuk tiba dengan jarak 21km dari jeti Gawi
Menyusuri SgPetang dengan 1OO1
keindahan dengan penuh debaran.
TasikKenyr merupakan lubuk pelbagai
spesies ikan air tawar seperti ikanToman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah
yang begitu mengasyikkan.