Wednesday 6 September 2017

AKKS 2017







Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2017 telah berlangsung pada 25 Mei 2017.  Majlis ini diadakan di dewan SM Imtiaz Kuala Terengganu dan telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohamed Bin Yusoff, Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu.

Majlis di dewan dimulai dengan sambutan kompang berirama. Tuan Hj. Mohamed Yusoff juga berkenan untuk merasmikan majlis pecah tanah KIOKS 2 IMTIAZ yang julung kali diadakan dengan penuh meriah. Acara pemotongan kek sebagai gimik perasmian serta pelbagai agenda melibatkan warga sekolah dan komuniti setempat turut berlangsung.

Acara dewan serta aktiviti luar dewan diadakan sepanjang tempoh berlangsung.

1.       Kempen 55 555 I look smart IMTIAZ K TRG (Senamrobik)
2.       Pertandingan mewarna komuniti tadika Nur Ilmu dan Taska Islah
3.       Bacaan Perutusan
4.       Pertandingan Wajah IMTIAZ dan Kejayaan KOOP

No comments:

Post a Comment