Thursday 7 September 2017

Pertandingan Catur Terbuka HKN 2017




Bersempana Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Terengganu 2017, pihak ANGKASA dengan kerjasama Koperasi SMK Ibrahim Fikri Bhd. telah menganjurakan satu pertandingan catur terbuka pada hari Jumaat iaitu 11 Ogos 2017 bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Terengganu.
Ia bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 5.30 petang. Tambahan lagi, pertandingan ini telah disertai jumlah seramai 106 orang peserta.

Bagi wakil SM IMTIAZ KT, Ahmad Taqiyyuddin Bin Awang Da berjaya merangkul tempat kelima dan seorang lagi wakil iaitu Mohd Munif Haikal Bin Mohd Nizam berada di kedudukan kesepuluh.

Johan pertandingan catur terbuka ini disandang oleh peserta dari SMK Matang iaitu Syahrul Ikhwan bin Abd Hakim. Manakala naib johan dirangkul oleh Ammar Haziq bin Mohd Hanif Arkurni dari SM IMTIAZ Kuala Nerus dan tempat ketiga dirangkul oleh Muhd Zarif Aiman dari SMK Ibrahim Fikri.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment